Monday, August 23, 2010

makna solat jemaah

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.








Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:






"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)


Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq.






Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat Solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.






Syarat-syarat sah solat berjemaah:






Berniat mengikut/menjadi imam.


Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.


Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.


Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.


Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.


Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.


Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.


Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.


Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.






Antara syarat untuk menjadi imam:






Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.


Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.


Imam itu sudah mumaiyiz.


Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_berjemaah"

0 comments:

Post a Comment